Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.......

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

PELABURAN SEKALI PENDAPATAN SEUMUR HIDUP

__________________________________________________________________________________________________________________________

Mungkin anda pernah dengar ungkapan ini, "Duit Bekerja Untuk Anda". Dan pernahkah anda terfikir dengan membeli sekali sahaja satu barangan bernilai USD50 atau RM200 bukan setakat mendapat barangan juga berpeluang menjana pendapatan berterusan ke tahap maksima USD300 (RM1200) sehari . Tetapi persoalannya, bagaimana? Saya akan cuba menerangkan secara terperinci melalui pengalaman dan fakta, agar anda tidak rasa tertipu setelah menyertai program menambah pendapatan ini.

____________________________________________________________________________________________________________________________________________

PERSOALAN BIASA

____________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

APAKAH SYARAT-SYARAT UTAMANYA

Syarat utama hanya ada (3) tiga:

Pertama:

Anda ada modal sebanyak USD50 atau RM200.

Kedua:

Bersetuju produk emas yang anda tempah itu untuk dipegang oleh pihak Prime GoldBank Ltd selama sekurang-kurangnya (enam) 6 bulan. Hanya dengan itu anda layak menerima komisin sebanyak USD5 setiap seorang pelanggan baru yang berada di bawah anda secara langsung atau melalui orang bawahan anda. Apabila anda mengarahkan pihak Prime Goldbank Ltd menghantar emas 5 gram itu, anda tidak lagi layak menerima komisin yang dijanjikan.

Ketiga:

 

Jadi anda boleh pilih samaada:

 

Pilihan Pertama:

Anda sendiri menaja dua pelanggan baru dan diletakkan betul-betul di bawah anda dan membina rangkaian perniagaan anda sendiri. Mungkin ini adalah cara yang lebih cepat dan berkesan disebabkan anda menjadi ketua bagi kumpulan anda.             

 

atau

 

Pilihan kedua: (Sesuai bagi yang bekerja sepenuh masa dan sibuk tugasan harian)

Perkenalkan kepada kami prospek samaada kawan, saudara atau rakan kerja berminat. Cara paling mudah ialah dengan merujuk prospek anda ke laman web ini. Boleh juga emailkan kepada kami maklumat prospek untuk dihubungi, ke alamat ini advacme@yahoo.com. Susunan di dalam rangkaian adalah mengikut senarai teratas mendaftar dan diletakkan pada kekosongan paling atas sebelah kiri ke kanan. Kami tidak mengenakan sebarang cas tambahan untuk pilihan ini, cuma besarlah harapan kami berita kejayaan anda untuk dimuatkan di laman web ini. Nantikan laman web ini.

___________________________________________________________________________________________________________________________________________

Apa yang saya boleh dapat dengan RM200 itu?

Pertamanya: 

Bergantung kepada produk pilihan anda, samaada satu(1) kepingan emas tulen seberat 5 gram atau jam tangan Prime GoldBank Ltd.  Resit pembelian barangan anda akan terima melalui alamat email dan juga boleh dilihat atau dicetak daripada akaun egold anda. Surat Jaminan pegangan emas anda akan terima dalam masa 3 (tiga) bulan selepas pendaftaran. Mengenai harga emas .999 seberat 5 gram bolehlah anda lihat dalam "The Star" atau tanya di kedai emas atau anda boleh lihat secara online dan terkini dengan klik perkataan Binary Sistem dibawah.

 

Keduanya: 

Anda diberikan satu akaun komisin secara percuma (dikenali sebagai akaun egold), gunanya untuk memantau aktiviti komisin dan juga rangkain perniagaan anda dan boleh di gunakan dimana sahaja ada kemudahan capaian ke internet (seluruh dunia). Kata laluan rahsia ke akaun ini akan di beritahu secara email ataupun panggilan talipon setelah anda mendaftar.

 

Ketiganya: 

Tentulah yang semua orang suka......iaitu duit komisin dengan memperkenalkan pelanggan baru kepada Prime GoldBank Limited.

___________________________________________________________________________________________________________________________________________

Adakah perniagaan ini selamat?

Insyaallah, setakat ini tiada laporan penipuan di laporkan melalui sistem  Prime GoldBank Ltd ini. Akan datang tak tahulah pulak. Lagipun ada jaminan untuk dapat balik nilai pelaburan pokok dalam bentuk barangan. Dan sekiranya anda memilih untuk menjualkan emas itu di kedai ketika harga tinggi adalah untungnya  ......atau dalam istilah lainnya "Money Back Guaranteed".

____________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Apakah produk, jenis, konsep dan cara perniagaan yang dijalankan?

 

Produk asas ialah kepingan emas. Jenis perniagaan ialah pelanggan memperkenalkan pelanggan.Kosep yang digunakan ialah binari system.Urusniaga ialah melalui internet, hanya dapat di praktikkannya sebaik sahaja nilai komisin di dalam akaun anda mampu untuk membeli sekurang-kurangnya satu produk Prime GoldBank Ltd. Maknanya bila ada sepuluh orang dibawah anda barulah boleh beli satu keping emas 5gram dan dijualkan kepada pelanggan baru anda.

____________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Berapakah kadar komisin, bilakah komisin mula ditunjukkan dalam akaun Prime GoldBank anda?

 

10% sahaja atau bersamaan USD5 setiap seorang pelanggan baru. Setiap kali cukup tiga (3) pelanggan baru di kiri dan di kanan di bawah anda, akaun egold anda mula menunjukkan pertambahan komisin bermula dengan USD30 sehingga ke maksima USD300 sehari. 

 

____________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Siapakah yang akan bayar komisin dan bagaimanakah cara pembayaran?

 

Tentulah bukan saya. Pihak Prime GoldBank Limited yang akan bayar komisin saya dan juga anda. Bentuk pembayaran yang diguna pakai setakat ini adalah melalui cek "Thomas Cook Al Rostami". Boleh ditunaikan dimana-mana bank tempatan ayang anda ada akaun dengannya. Komisin akan dibayar  sekali sebulan atau boleh kontra untuk beli produk Prime GoldBank Limited.

Insyaallah ada perubahan cara pembayaran komisin untuk kemudahan pelanggan selepas 15Hb Nov 2003 ini nanti. Tapi kena tambah modallah pulok.

____________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Mungkinkah ada perubahan konsep pelaburan dimasa hadapan?

 

Mungkin ada. 

 

____________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Apakah nama syarikat yang memperkenalkan Pelan Pendapatan ini dan bagaimana untuk dihubungi?

 

Nama Syarikat        : Prime GoldBank Ltd. asalnya Prime Investment (1937)

Alamat Syarikat      : 39 Palmerston Place Edinburgh, EH12 5AU, United Kingdom.

No. Tel                     :+44 1315276250 

Tarikh Didaftarkan  : 08hb Januari 2002

No. Pendaftaran      : SC234860

Modal Berbayar        :100 Million GBP

 

Maklumat syarikat boleh didapati dengan melayari laman web ini: 

http://www.companieshouse.gov.uk/info Malaysia dikenali sebagai Suruhanjaya Pendaftar Syarikat (R.O.C) 

Dan untuk ke laman web asal versi Inggeris:  

http://www.pbinvest.com.

___________________________________________________________________________________________________________________________

 

Bagaimana, dimana dan apakah yang diperlukan selain RM200 untuk mendaftar, dan berapa lamakah masa diambil?

 

Sebelum mendaftar sila pastikan beberapa perkara berikut:- 

 

i.    Alamat e-mail anda sendiri: Sekiranya belum mempunyai bukalah satu di http://www.yahoo.com. atau http://www.hotmail.com ianya adalah percuma.

 

ii.    Akaun ebanking: Kemudahan ini ada disediakan secara percuma oleh kebanyakan bank tempatan sekiranya anda telah mempunyai akaun di bank yang berkenaan dan pendaftarannya juga mudah dan cepat.

 

iii.    Anda telah betul-betul faham dengan sistem binary yang digunakan. Lihat keterangan lanjut dengan klik "Binari Sistem" dibawah ini.

 

BINARI SISTEM

  

Ketiga-tiga perkara di atas penting untuk proses pendaftaran atau menganjur pelanggan baru dengan lebih telus dan cekap. Dengan penggunaan "online" ataupun "internet banking" setiap transaksi yang direkodkan dapat mengelakkan beberapa masaalah kemaskini akaun.

 

Lagi pula anda sudah setapak ke arah urusniaga melalui internet, gunakanlah kemudahan yang tersedia secara percuma itu, disamping untuk kegunaan urusan selainnya. 

 

Itulah sahaja syarat-syaratnya, tidak susah bukan? Jadi adakah anda berpuashati dengan penerangan kami? Sebarang pertanyaan tambahan bolehlah di ajukan ke alamat email ini advacme@yahoo.com

___________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Setakat ini pembelian emas secara online di laman web utama Prime GoldBank Limited samaada dengan menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit tidak dapat dilakukan atas beberapa masaalah keselamatan. Oleh itu untuk membuat pembayaran bagi membeli produk Prime GoldBank Ltd seterusnya menyertai program menambah pendapatan ini, sila klik butang "Penganjur Anda"  untuk melihat maklumat akaun bank penerima dan penganjur anda. Maknanya mesti melalui Introducer anda dahulu.

 

PENGANJUR ANDA

___________________________________________________________________________________________________________________________

 

Setelah pembayaran dibuat, emailkan ke advacme@yahoo.com beserta maklumat berikut untuk tujuan pendaftaran:

 

1.    Nama Penuh:

2.    Alamat Surat Menyurat:

3.    No K/P

4.    No Tel:

5.    No H/P:

6.    Jantina:

7.    Alamat email anda:

8.    Pengesahan Pembayaran:

      Bagi mengelakkan kekeliruan, sila nyatakan Nama Pemegang Akaun (sekiranya bukan melalui akaun sendiri),

      Nama Bank, No. Akaun, Jenis Akaun, Tarikh dan masa serta no. rujukan transaksi.    

9.   Penama pada cek: 

      Untuk tujuan pembayaran komisin.

10.  Nama Pewaris:

11.  Perujuk Anda Ke Laman Web Ini (samaada No. PB ID atau Nama Penuhnya): 

Setelah penerimaan pembayaran dipastikan, proses pendaftaran akan dilakukan seberapa segera. Berilah kami  masa antara satu(1) jam ke dua(2) hari bergantung kepada kesibukan pada hari pendaftaran dibuat. Kami akan maklumkan melalui panggilan talipon dan juga email mengenai no akaun Prime GoldBank Limited anda beserta maklumat-maklumat lain. Resit rasmi boleh didapati di dalam akaun egold anda dan katalaluan rahsia melalui alamat e-mail semasa mendaftar. Untuk keselamatan pastikan anda menukar katalaluan rahsia akaun egold anda sebaik sahaja menerimanya.

Tips untuk berjaya dalam perniagaan ini akan di berikan kepada pelanggan Prime GoldBank Limited melalui e-mail.

Tips yang pertama: Janganlah lupa keluarkan zakat dan bayar cukai pendapatan.

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________

Kemaskini terakhir: 27HB OKTOBER 2003

Beritahu kenalan tentang laman ini dengan klik Alat "Pass-it-on" dibawah....terimakasih


get this gear!